aku merinduimu yang dulu
kita yang dulu..
dulu
kita rapat
bagai adek beradik
bagai isi dan kuku
bagai mata dgn air mata
bagai bibir atas bibir bawah
rapatnya aku dan kau..
tapi itu dulu
semua tinggal kenangan
tinggal habuk yang xkan ku sapu
xkan ku padam
malah aku tersenyum melihat kembali
saat kita bersama
bergurau senda
aku poke kau
kau poke balek
sampai semua orang ketawa melihat celoteh kita
kawan
kenapa dengan kau?
kau tidak tegur aku
kau tidak cakap sepatah perkataan langsung
malah muka aku pun kau ta tengok
pandangan aku kepada kau
kepada mata engkau
kau buat ta nampak je~
kawan
aku sedih dngn kau
sedih dgn hubungan kita
adakah salah aku?
adakah kerna aku ini bodoh?
adakah aku ini ta kaya mcam kau?
adakah semua ini syarat utk jadi kawan kau?
adakah itu yang bermain dalam fikiran kau kawan?
kawaan
maafkan aku
hari itu aku berselisih dgn kau
tapi aku tak tegur kau
sebab aku takut teguran aku tak terbalas
aku langsung tak tengok mata kau
malah aku melarikan diri dari berjumpa kau
bukan pintaku
tapi aku mahu merealisasikan apa yang kau mahu,
iaitu menjauh dari aku
aku rela dgn berat hati
mengenali siapa diri aku.
kawan
aku cemburu melihat kau
melihat kau bersama laen
bergelak ketawa ngn orang laen
ingin sekali aku ketawa dgn mu
bergurau senda dgnmu
bercakap dgn mu..
kawan
aku rindukan panggilanmu kepada aku
AFA jom balek awa~AFA jom g~AFA tu la ni la~
betul2 aku ingin dengarinya lagi
langsung aku xtipu..
kawan
aku harap kau baca coretan ini
aku ta sanggup nak berdepan dgnmu
malah nk menegur mu
aku takut tak terbalas.
kawan,
maafkan aku
andai itu semua silap aku
mungkin aku ta peraasan apa yang ku buat kt kau
maaf sangat2..
kawan
andai ini hari terakhir aku
selitkan aku dalam doamu
sedekahkan aku yaasin dalam hidupmu
kenangkan aku dalam ingatanmu..
aku sayang kau kawan :) maafkan aku :)
coretan ni khas buat kawan aku y aku betul2 rindui ..
dan berharap yang kau baca isi luahan aku..
aku takut kehilangan SAHABAT yang baek macam kau.
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment