Indahnya Islam

Indahnya Islam

Thursday 21 March 2013

Jangan Lupa Aku

"jangan lupa aku, jangan lupa aku, jangan lupa aku " - berulang kali aku bisikkan disetiap telinga rakanku disaat aku memeluk mereka kerana meraih keputusan yang cemerlang. mereka cemerlang, saya hanya menumpang, mereka gembira, saya hanya menumpang.

hari ini, 21 March 2013 adalah sejarah dalam hidupku. "Result SPM". ku resah, ku tak tidur fikirkan tentang result ini, apakah baik mahupun sebaliknya. Dulu, ku pernah bermimpi mendapat 4A dalam SPM. Kemudian, baru baru ini, ku bermimpi lagi, aku meaih 2A. Subhanaallah. Hati mana tak tenang, jiwa mana tak gusar. Disaat ku fikirkan tentang result, terbayang wajah Ibuku, Ayah ku. yea, dulu aku happy kan mereka, UPSR, PMRU, PMR, dan SMU. tapi SPM telah bnyk mengajar aku apakah perasaan berada di bawah.

ku merintih, ku menangis saat menunggu ketibaan sehelai slip kertas yg mahal tiba, berderai air mata aku menyembah bumi, menerjah membasahi sejadah ku. ku berdoa kpd Dia, ku takut sangat. tapi, tepat pukol 10:40 pm, 'twiittt twiittt' - handfon berbunyi. SMS masuk. berdebar hati siapa yg tahu. seolah olah jantung berhenti berucap utk badan, nafas tersekat, nadi berdentum kuat, dgn terketar ketar, ku melihat, membaca SMS tersebut, SUBHANALLAH , aku terkaku dek diriku. PAKU. Ku mengambil fon, memberikan kpd Umi. aku sekali lagi PAKU tajam yg tak berguna. aku buntu. jalan kosong. otak ku bingung, fikiran ku berterabur.

ku labuhkan badan aku ke katil, mula menitiskan air mata menyesal. tapi apakan daya. Ianya telah tertulis didalam kitab hidupku. Tapi kali ini, air mata aku tidak lebat, seolah olah aku boleh menghadapinya. mimpi pertama aku menjadi kenyataan. Bila difikirkan balek, Allah sudah beri amaran kpd aku, tpi aku masih malas. Aku cuba tenangkan diri, fikirkan tentang hubungan aku dgn yg Esa, hubungan aku dgn Ibu Bapa aku, guru2 aku, rakan rakan serta alam semesta ini. "KRING KRING" - henfon berbunyi. Sahabat syurga aku call, share result dia, Alhamdulillah, dia lebih 2 dpd aku. Sekali lagi, diri dicemburui syaitan yg menghasut, menyuruh aku tidak bersyukur, sebaliknya menyuruh aku utk merungut. Tapi tidak ! aku bersyukur ! Alhamdulillah, terus ku teringat firman Allah, "Aku tak akan ubah nasib seseorang Muslim itu melainkan dia yg mengubahnya " .

Dengan tenang, aku dan sahabat syurga aku pergi mendapati sekolah utk ambil slip. Kami sudah tahu. Dengan senyum, dengan gelak ketawa, aku masih mampu menerjah masuk ke dewan tanpa segan silu, apa perasaan aku time itu ? FAKE. semuanya FaKe. senyum tawa yg aku lontarkan hanyalah FAKE semata mata. Aku tidak mahu kecewa dengan result aku. Result result, Hidup mesti diteruskan.Cemburu menghantui melihat rakan rakan mengambil result dipentas. yea, aku dengki ! dengki giler. tapi aku simpan utk diluahkan di sini.

aku peluk mereka, ku bisikkan pd telinga mereka, JANGAN LUPA AKU, setiap seorang dari mereka yg aku peluk, akan ku bisikkan JLA. mereka mengagguk. air mata bergenang tapi terus ku usap, aku bukan sedih dgn diri, tapi aku bahagia melihat rakan aku, itulah prinsip aku, kawan bahagia, aku bahagia. kawan menangis, aku menangis. TAHNIAH KAWAN. KORANG HEBAT. RESPECT.

Hikmah, Hikmah, Hikmah. itulah yg Allah aturkan selepas apa yg dia berikan kpd kita. ingat firmannya ini duhai rakan, " Barangsiapa yg bersyukur akn nikmat yg aku berikan, nescaya aku akan tambah nikmat hidupnya''.

Ku sujud syukur, berkumat kamit mengucap Alhamdulillah. mungkin rezeki aku belum sampai lagi. Allah sedang uji aku. Alhamdulillah. Aku tunggu hikmah Allah. Allah, dikau Tuhan penjaga alam, Tuhan yg mengetahui sekalian hal, maka aku serahkan lakar hidupku kpd Mu. Syukran Jaziilan.

Terima kasih kepada semua yg terlibat menolong saya meraih suatu kejayaan dlm SPM. akhir kata, Jangan Lupa Aku, Jangan Lupa Aku, Jangan Lupa Aku walaupun aku bergelar roh suatu nanti.

Sayang Kamu Semua. Kamu semua Jantung Hati Aku, Darah Urat aku yg mengalir. LOVE YOU. Jangan Lupa Aku.

Fariz,
:o)