Indahnya Islam

Indahnya Islam

Wednesday 26 February 2014

Kuatkan Aku

bismillah. assalamualaikum.

merindu mu menyiksa hati ini
tersiksa rimas ku tanggung sendiri
luka yang ku balut sendiri
terbengkalai jua.

duhai pemilik hati
buangkan perasaan kasih
perasaan sayang
pada mana mana kenalan

bukan aku sombong
tapi si dia telah banyak mengajar

benar sabda baginda
sayangilah seeorang itu berpada pada
begitu juga membenci seorang.

masa yg sekejap
ku lalui derita durinya
onaknya ku belai
bagai ujian menduga
mendongak sesekali
tnda aku tak rela
menahan seribu soalan
demi hormat pada keputusan.

duhai tuhan
kuatkan hati ini.

dan kau, selamat berjaya.
aku tak pernah lupakan kau
gmba kau, aku simpan
aku bawak datang sini.
dan TERIMA KASIH SANGAT.

yang tetap sayang kau,
Fariz Kyral
26 Feb 2014
02:57 pm

Tuesday 10 December 2013

Happy Birthday Fify.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

yeay ! dah besar pun. dah gemuk pun. dah cukup lapan bolah doh ehh. alhamdulillah.

so, aku buat entry ni awal bukan sb aku takut lupa, tapi aku takut aku taksempat. kang majuk plak. hahaha
hmm, kalau kita semua duk matrik lagi, mesti dapat sambut birthday kau. tepung, telur, semua aku baling ah.hahaha

malam ni kan, kalau aku tak wish tu, tak bermakna aku lupa tau. aku igt. birthday kau aku xbuat reminder pung, aku ingt dalang pale otok aku. saje nak igt sem bila bila. macam bagus hahaa hahaha.

bismillahirrahmanirrahim.
ya allah, harini (yakni malam ni tpt jam 12) , hari jadi rakan ku, Afifah Muhidzir nama dia,
kau panjangkanlah umur dia ya Allah, murahkanlah rezeki dia ya Allah,
dan kau lindungilah dia ya Allah, serta berjayakanlah dia di dunia dan di akhirat.
ameen ya rabbal alamin :) 

HAPPY BIRTHDAY, SORRY TAKDE HADIAH :/



nah satu lgi gmba birthday girl

untungla kau birthday kau tahung ni, aku lagi paktahung. hahaha. and satu lagi, jangan lupaa. . .

sujud syukur diatas pemberian umur yg panjang :)
bye.

TAKE CARE miss you.

Fariz Kyral, 7.02PM,
4 hours 58 minutes before your birthday.

Monday 11 November 2013

Ummi tak Izin. . .

assalamualaikum .
tak wajib jawab pun sb salam ni ditulis, bukan diucap, yang wajib jawab bila diucap.
nak jawab pun takde masalah. nampak tak masuk agama kt situ sket~~ LOL

actually, entry ni mcm aku ni anak derhaka an? haha. agak agakla, aku waras kut. kajian aku, anak derhaka laknat ni ialah orang yang tak waras, gila, akal pendek dan bodoh sombong. naah tu dia dapat bahan dari aku. issokay, lupakan.

dulu, aku nak jadi penyanyi, memandangkan suara aku agak la se..se..se..dap.. kann, haha gurau je
orang cakap suara aku sedap, aku dengar biasa je biase je haahaha. lupakan. aku rasa aku ada bakat, aku boleh nynyi, ada tone, dan yang paling aku bangga, aku buat lagu sendiri. dulu dalam toilet aku mungkin nynyi lagu orang, tapi sekarang, setiap kali masuk toilet, aku nynyi lagu aku. nampak tak kantoi dia nynyi dalam toilet.hahaha. serious, aku suka gila menyanyi as long tak melanggar agama kan, aku follow. tapi kalau yg macam haram laknatullah tu, aku dgr2 centu je lah.

aku pernah gitau ummi yang aku nak jdi ARTIS. repeat ARTIS. aku nak jadi popular, nak orang kenal, ohh bestnyaa, nampak tak syaitan menghasut.?
tapi ummi tetap gelengkan kepalanya tanda tak suka aku jadi artis or tejebak dalam dunia hiburan.
katanya, kita ni keturuna wali, jangan lari dari jalan sebenar. aku diam tak terkata lalu terkentut diam seribu bahasa melayu haha. aku pikir, ada betul jugak. sejak haritu, aku hnya jdkannya sebagai hobi dan sebagai salah satu cara aku hilangkan stress.

aku ingat lagi, masa tu tgh tgk ''30 minit bersaama UstazDon'' dengn ummi, then terkeluar dari mulut Ummi, ''Ummi nak Fariz jadi macam ni,boleh?''. sekali lagi aku terkentut haaa. kau nak jawab apa kalau mak kau tnya and mintak centu sedang kau takminat. aku bukan takminat, aku suka belajar agama, tapi bagi aku, cukuplah aku jadi ustaz untuk umi , baba, isteri aku, anak anak nanti. cukuplah itu.aku takut aku tak beramal dan dihumban kedalam neraka jahannam. TAKNAK!!

popular tu penyakit hati.
setahun lalu, aku belajar kitab. dekat Masjid Assalam. belajar pasal HATI kita ni.penyakit yang ada dekat hati kita ni, Subhanaallah, popuklar or nak org kenal or else tu penyakit hati. penyakit hati ni syaitan. hati kita sakit dicucuk dibisik oleh syaitoonn. semua yang ustaz tu bagitau, semua ada kat aku, semua kena.
aku diam terkentut lagi.

dari situ, aku dah stop dgn segala yg boleh buat diri aku nk jadi org kenal. fahamak? tapi kalau org kenal kita tu, trakde masalah. yang masalah kita nk jadi popular. tu masalah. haha.

okeylah, papehal, mak aku tak izin aku jdi penyanyi, sebab tu lah aku masuk menyanyi kat matrik dulu tak menang sb ummi tak izinkan, ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. kalau ibu bapa kita redha, Allah lagi redha. wallahu'alam.

barakallah. syukran jaziilan. wa ilall liqa'. uhibbuka/ki

BERCINTA ? Lekk Luhh

budak budak tgk hantu kum kum,
assalamualaikum. haa balas

main bola lantun lantun,
tu dia ceq berpantun.

so hi guys, whats up bo? amacam hidup? stress?
amacam awek pakwe? sehat? cool beb.

as we all know lah, cinta tu anugerah Allah. Allah yg datangkan cinta itu. Dia je yang layak bagikat sape sape je yang dia mahu.

aku kau dia mereka kita semua layak dapat , tapi dengan kehendak Dia. Iradah Dia takdesape boleh halang. Itulah Allah kita.

aku heran, bila org tgk aku, diorang akan tnya, ''MAKWE SEHAT?'' kepala hontakan dia makwe.
yang lagi heran, bukan sorang je yang tnye camtu, RAMAI. Muka xkacak pun seh nak ada makwe bagai.
aku student lagi kut, boxer pun mak bapak belikan lagi kadang je beli sendiri 

dahla manusia, aku tanak kau cop aku muka ada makwe ke apa ke, aku xsuka. aku nak belajar dulu, beli rumah, ada kereta, ada keje tetap, gaji tetap, then baru aku kawen kalau ada orang nak lah

aku ni bukanlah lelaki yang baik, bukanlah seorang yang kaya, tapi aku boleh janjikan kebahgiaan buat bakal isteri aku, aku akan hargai dia sepenuh hati aku. 

sayang, i sayang u.

Tuesday 29 October 2013

rezeki aku sudah sampai

salam semua, dah lama tak update, sedikit busy.
sihat ke semua ? aku alhamdulillah sehat wal afiat, allah bagi lagipeluang untuk hidup ni.

baru baru ni, 21 Oktober 2013 result second intake Uitm dah keluar, dan aku terpilih.
boleh bayang tak prasaan hepi dia tu canne ?
aku hepi gila, nak lompat tapi ramai orang. hahaha. alhamdulillah, rezeki aku dah smpai.

sebenarnya begini . . .

kenapa aku dapat ? ini semua allah belaka. sebelum ni aku dah apply utk masuk uitm, kos architecture.
interview dapat tapi tak terpilih utk masuk uitm. aku kecewa, down sangat. aku langsung tak dapat tawaran U. aku hanya matrik. matrik Penang. down tu allah je tau. tapi aku tak mengalah centu.
aku doa kat allah '' ya allah, aku tahu ini semu berhikmah, dan aku tunggu hikmah kau ''. aku masuk matrik, belajar macam biasa. sampai satu tahap aku dah tak boleh nk handle benda ni semua. matrik tak susah tapi aku amek mudah sangat.

hampir 4 bulan duduk matrik, aku keluar jugak lepas dapat tawaean masuk uitm, kos yang sama. degree weh degree. rezki aku dah sampai. allah dgr doa ku. dia dgr. mulanya aku takut sb aku bergantung pada org dalam. silap aku. and suatu hari allah hantarkan ustaz nk sedarkan aku, '' kita takboleh bergantung pada manusia, bergantunglah pada Allah''. aku sentap. aku balek terus nangis. takutweh. aku doa, '' ya allah, aku silap, aku silap sb bergsntung pada manusia, maafkan aku ya allah, dan kuatkan aku kalau aku tak dapat''. aku dah down gila sb kawan aku cakap, kau takdapat fariz, ada yg cakap sebaliknya.
aku plak rasa aku nak balek jee, taktau kenapa. hatini berdebar setiap kali tringatkan uitm uitm uitm.
aku terlalu mengharap.

tapi, alhamdulillah, semuanya berlaku, aku dapat. dan hari ahad hari tu ( 27 Oct 2013 ) hari last aku kat matrik. aku tinggalkan kawan aku sb aku perlu kejar cita2 aku dulu. maafkan aku kawan, kita kan bertemu lagi. insha allah. ameen.

dan allah, aku bersyukur sangat dgnMu, alhamdulillah sangat, thankssss sangat.

kt sini aku nk gtau, yg kita manusia xleh bergantung sesama manusia. kena dan wajib bergantung pada ALLAH !!

sekian. bye.

assalamualaikum


Saturday 28 September 2013

Penat.Pedih.Syukur


asssalamualaikum. apa kabar ? baik? alhamdulillah. aku taksehatnih.hmm.

lama xupdateblog, lama tak luah prasaan kat sini, asyik luah kt note dalam fone jeee. boring laa kan?
apa yg penat ? apa yg pedih? apa ygsyukur tu? apa tu semua ?

aku penat. penat dgn hidup ni. penuh cabaran, penuh dugaaan. perlbagai jenis onak dan duri perlu aku tempuh, perlu aku renangi. hidup seorang pelajar yg perlu belajar. aku bukan tanak blaja, tapi aku jenis yang suka rileks2 , xsuka di push senanya. aku jenis yg cool and steady, tapi keje mesti jalan lah. kehidupan di matrik mengaja aku bahwa belajar mana yg tak penat. bagus juga. at least aku boleh survive nanti kat u.
belajarkt matrik cepat, aku xboleh catch up. yelah, aku bukan pandai sangat, nampak je pandai. haha. at least ada title pandai.

yang pedih,aku kena blaja pelajaran yg aku belum tentu guna atau idok dalam kehidupan aku nanti.perlu tak guna time keje nanti ke, tua nanti ke. pape je lah. pedih kena blaja semua tu. tapi aku dah try tuk wake up, move on, go fariz go utk kejar PSPM1 nanti. kena constant blajar, jgn leka sihhhhh.

aku bersyukur. alhamdulillah Allah, sb kau kuatkan aku lagi utk hidup smpai hari ni. aku amek ni sebagai ujian kau sebagai penebus dosa2 lampau aku. aku letih, aku penat tuk kejar semua, aku down gila, tapi aku pecaya kan kau, selagi kau ada , slagi tu aku xkan putus harapan. allah, kau berkatilah pembelajaran aku, pengajian aku, dan murahkanlah rezeki aku.

smpai sni je kut, see ya ~ bye~~

Thursday 21 March 2013

Jangan Lupa Aku

"jangan lupa aku, jangan lupa aku, jangan lupa aku " - berulang kali aku bisikkan disetiap telinga rakanku disaat aku memeluk mereka kerana meraih keputusan yang cemerlang. mereka cemerlang, saya hanya menumpang, mereka gembira, saya hanya menumpang.

hari ini, 21 March 2013 adalah sejarah dalam hidupku. "Result SPM". ku resah, ku tak tidur fikirkan tentang result ini, apakah baik mahupun sebaliknya. Dulu, ku pernah bermimpi mendapat 4A dalam SPM. Kemudian, baru baru ini, ku bermimpi lagi, aku meaih 2A. Subhanaallah. Hati mana tak tenang, jiwa mana tak gusar. Disaat ku fikirkan tentang result, terbayang wajah Ibuku, Ayah ku. yea, dulu aku happy kan mereka, UPSR, PMRU, PMR, dan SMU. tapi SPM telah bnyk mengajar aku apakah perasaan berada di bawah.

ku merintih, ku menangis saat menunggu ketibaan sehelai slip kertas yg mahal tiba, berderai air mata aku menyembah bumi, menerjah membasahi sejadah ku. ku berdoa kpd Dia, ku takut sangat. tapi, tepat pukol 10:40 pm, 'twiittt twiittt' - handfon berbunyi. SMS masuk. berdebar hati siapa yg tahu. seolah olah jantung berhenti berucap utk badan, nafas tersekat, nadi berdentum kuat, dgn terketar ketar, ku melihat, membaca SMS tersebut, SUBHANALLAH , aku terkaku dek diriku. PAKU. Ku mengambil fon, memberikan kpd Umi. aku sekali lagi PAKU tajam yg tak berguna. aku buntu. jalan kosong. otak ku bingung, fikiran ku berterabur.

ku labuhkan badan aku ke katil, mula menitiskan air mata menyesal. tapi apakan daya. Ianya telah tertulis didalam kitab hidupku. Tapi kali ini, air mata aku tidak lebat, seolah olah aku boleh menghadapinya. mimpi pertama aku menjadi kenyataan. Bila difikirkan balek, Allah sudah beri amaran kpd aku, tpi aku masih malas. Aku cuba tenangkan diri, fikirkan tentang hubungan aku dgn yg Esa, hubungan aku dgn Ibu Bapa aku, guru2 aku, rakan rakan serta alam semesta ini. "KRING KRING" - henfon berbunyi. Sahabat syurga aku call, share result dia, Alhamdulillah, dia lebih 2 dpd aku. Sekali lagi, diri dicemburui syaitan yg menghasut, menyuruh aku tidak bersyukur, sebaliknya menyuruh aku utk merungut. Tapi tidak ! aku bersyukur ! Alhamdulillah, terus ku teringat firman Allah, "Aku tak akan ubah nasib seseorang Muslim itu melainkan dia yg mengubahnya " .

Dengan tenang, aku dan sahabat syurga aku pergi mendapati sekolah utk ambil slip. Kami sudah tahu. Dengan senyum, dengan gelak ketawa, aku masih mampu menerjah masuk ke dewan tanpa segan silu, apa perasaan aku time itu ? FAKE. semuanya FaKe. senyum tawa yg aku lontarkan hanyalah FAKE semata mata. Aku tidak mahu kecewa dengan result aku. Result result, Hidup mesti diteruskan.Cemburu menghantui melihat rakan rakan mengambil result dipentas. yea, aku dengki ! dengki giler. tapi aku simpan utk diluahkan di sini.

aku peluk mereka, ku bisikkan pd telinga mereka, JANGAN LUPA AKU, setiap seorang dari mereka yg aku peluk, akan ku bisikkan JLA. mereka mengagguk. air mata bergenang tapi terus ku usap, aku bukan sedih dgn diri, tapi aku bahagia melihat rakan aku, itulah prinsip aku, kawan bahagia, aku bahagia. kawan menangis, aku menangis. TAHNIAH KAWAN. KORANG HEBAT. RESPECT.

Hikmah, Hikmah, Hikmah. itulah yg Allah aturkan selepas apa yg dia berikan kpd kita. ingat firmannya ini duhai rakan, " Barangsiapa yg bersyukur akn nikmat yg aku berikan, nescaya aku akan tambah nikmat hidupnya''.

Ku sujud syukur, berkumat kamit mengucap Alhamdulillah. mungkin rezeki aku belum sampai lagi. Allah sedang uji aku. Alhamdulillah. Aku tunggu hikmah Allah. Allah, dikau Tuhan penjaga alam, Tuhan yg mengetahui sekalian hal, maka aku serahkan lakar hidupku kpd Mu. Syukran Jaziilan.

Terima kasih kepada semua yg terlibat menolong saya meraih suatu kejayaan dlm SPM. akhir kata, Jangan Lupa Aku, Jangan Lupa Aku, Jangan Lupa Aku walaupun aku bergelar roh suatu nanti.

Sayang Kamu Semua. Kamu semua Jantung Hati Aku, Darah Urat aku yg mengalir. LOVE YOU. Jangan Lupa Aku.

Fariz,
:o)